i-City pacu Shah Alam jadi perbandaran pintar

i-City yang dahalunya dikenali sebagai Bandar Sumur adalah perbandaran baharu yang menjadi antara pemangkin utama kepada pertumbuhan pesat di Selangor, khususnya di Shah Alam.

Perbandaran berkeluasan kira-kira 29.14 hektar yang diasaskan oleh taikun hartanah, Tan Sri Lim Kim Hong itu dibangunkan secara berperingkat, terancang dan berstruktur.

Matlamat utama pembangunan di i-City adalah untuk menawarkan perbandaran gaya hidup bersepadu sepenuhnya dengan suntikan teknologi canggih, yang karakternya dibentuk oleh beberapa pakatan strategik bersama beberapa syarikat utama dunia.

Pembangunan landskap kesuluruhannya juga bakal menjadi mercu tanda segi tiga emas Selangor dan ultrapolis seperti yang dirancang.

Malah mengikut perancangan, i-City dibangunkan untuk menjadi lokasi perniagaan bagi sektor industri, perkhidmatan iaitu dikongsi dah penyumberan luarm bioteknologi, pembangunan perisian, sebagai hab media, hab kewangan Islam, dan pusat data.

Kim Hong yang juga Pengerusi Eksekutif I-Berhad berkata, pembangunan i-City menyediakan satu ruang ekonomi yang baik kepada penduduk di Malaysia, khususnya di Selangor.

“Shah Alam dikenali antara bandar raya yang memiliki kemudahan lengkap untuk menjadi pusat pembangunan negara, selain menawarkan gabungan infrastruktur dan teknologi yang mantap.

“Ia juga adalah lokadi sangat ideal untuk rangsangan ekonomi yang menyeluruh terutama dalam menarik lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan.

“Oleh itu, kewujudan i-City turut menjadi pelengkap dan penyumbang kepada fasa perkembangan ekonomi di Selangor, terutama di Shah Alam.” katanya kepada BH, baru-baru ini.

Beliau berkata, perbandaran i-City mempunyai potensi sangat besar dan kira-kira 50 peratus daripada kawasan berkenaan sudah dibangunkan.

“Kami menyasarkan untuk menjadikan i-City sebagai perbandaran pintar contoh kepada negeri lain. Ia juga selari dengan matlamat kerajaan negeri untuk meletakkan kerajaan negeri untuk meletakkan kawasan itu sebagai segi tiga emas di Selangor dan menjadi negeri pintar menjelang 2025.

“Ia mampu menyediakan ruang ekonomi yang baik kepada rakyat dan menarik lebih banyak pelabur sama ada dalam atau dari luar negara.” katanya.

Pembangunan i-City yang bermula kira-kira 15 tahun lalu diiktiraf sebagai pembangunan sektor swasta pertama negara berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Cybercentre pada 2008.

Selain itu, perbandaran yang membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM10 bilion itu juga adalah komuniti pertama yang menghubungkan rantau Asia Tenggara selepas mengadaptasikan platform Cisco Smart + Komuniti Saling Berhubung pada 2000.

Ia sekali gus turut menjadikannya sebagai pembangunan pertama di negara ini yang menyediakan keterhubungan yang bukan saja berasaskan gentian optik, tetapi juga jalur lebar berkelajuan tinggi.

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on print
Share on email
Scroll to Top